Bekerja sebagai pembantu pembuat nasi lemak memberi inspirasi kepada Puan Siti Zubaidah dikenali sebagai Kak Dah untuk memulakan perniagaa...
Bekerja sebagai pembantu pembuat nasi lemak memberi inspirasi kepada
Puan Siti Zubaidah dikenali sebagai Kak Dah untuk memulakan perniagaan nasi
lemak kukus. Bekerja sebagai pembantu pembuat nasi lemak hanya mendapat upah
sebanyak RM20 sehari, jika dilihat ia tidak mencukupi, lebih-lebih lagi
sekiranya mempunyai tanggungan keluarga.
Tekad untuk membuka perniagaan demi keluarga sangat kuat kerana beliau
tahu, pada masa itu pekerjaan sangat sukar untuk didapati. Maka beliau
mengambil jalan untuk kelangsungan hidup iaitu berniaga secara kecil-kecilan di
lorong rumah mereka semasa permulaan berbisnes di Pasir Panjang, Terengganu.
Kini, perniagaan nasi lemak beliau dikenali sebagai Nasi Lemak Kukus Kak Dah CD,
dan sudah beroperasi lebih 10 tahun.
Masa operasi juga sangat unik di mana beliau menjual nasi lemak seawal
jam2 pagi hingga 8pagi. Siapa sangka,pada jam begitu masih ramai yang mencari
nasi lemak. Tambahan pula, nasi lemak enak di makan untuk dijadikan sarapan.
Sambutan yang baik membuatkan jualan Kak Dah perlu beroperasi seawal jam 12.30
tengah malam dan tutup pada 8pagi. Sambutan hangat juga membuatkan Kak Dah yang
dibantu oleh anak-anaknya terus menghasilkan nasi lemak hampir 2,000 bungkus
sehari.
2,000 bungkus nasi lemak mampu dijual dalam masa 6 jam sahaja, penangan
nasi lemak keluaran Kak Dah sangat memberangsangkan sehingga pendapatan boleh
dicapai lebih dari RM2,000 sehari. Hal ini membuatkan Kak Dah mengambil
keputusan untuk mengambil pekerja sebanyak 16 orang untuk membantu beliau dalam
menyiapkan nasi lemak kukus tersebut.
Penerima Anugerah Usahawan Daerah Syahbandar 2017 juga sudah mempunyai 3
gerai yang beroperasi di Terengganu selain Pasir Panjang, iaitu Pantai Batu
Buruk dan Bukit Bayas. Ketiga-tiga gerai ini mempunyai pelanggan yang ramai,
dan pelanggan tidak putus-putus untuk membeli dan menempah nasi lemak dari
gerai Kak Dah. Malahan, Kak Dah juga setiap hari akan menghantar nasi lemak
kepada 31 gerai.
Bercerita mengenai rancangan masa hadapan, Gerai Kak Dah CD ingin
mengembangkan lagi perniagaannya dan ingin membuka cawangan di Selangor,
memandangkan negeri itu mudah untuk mendapatkan pelanggan.Tekad berniaga yang
pada mulanya untuk kelangsungan hidup keluarga membuatkan Kak Dah menjadi usahawan
wanita yang berjaya, kerana mampu membuka peluang pekerjaan kepada orang lain
selain menjana pendapatan.
Sekiranya anda ingin merasa nasi lemak yang telah banyak menambat cita
rasa masyarakat Terengganu, anda boleh menghubungi mereka.
Alamat Perniagaan: Lorong Kemunting,, Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu, 21100 Kuala
Terengganu, Terengganu
Facebook: Nasi Lemak Kak Dah CD
No. Telefon: 019-937 1214, 0102342403
Rujukan Link:
https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian-malaysia/20180826/282175061976709
No comments