Page Nav

HIDE

TERKINI:

latest

Ads Place

Pengusaha Kerisik Kelapa Jana Ribuan Ringgit Sebulan

  Dapat dilihat, berniaga kini mendapat hati di tempat para anak muda untuk memperoleh pendapatan yang banyak. Inspirasi daripada senior usa...

 


Dapat dilihat, berniaga kini mendapat hati di tempat para anak muda untuk memperoleh pendapatan yang banyak. Inspirasi daripada senior usahawan membuatkan mereka terbuka hati untuk berniaga dan seterusnya membuat inovasi terhadap produk ataupun perkhidmatan. Ada juga yang berniaga dari kecil lagi, kerana keinginan untuk mendapatkan duit yang dihasilkan. Pengalaman ini membuatkan usahawan muda lebih suka untuk mendalami dunia bisnes.

Walaupun berniaga mempunyai risiko, tetapi seorang usahawan akan berfikir secara kritis untuk menghadapi risiko yang berlaku. Pulangan juga boleh diperolehi dengan jumlah yang banyak sekiranya usahawan tersebut mampu memenuhi kehendak dan keperluan pengguna selari dengan perubahan zaman. Pengalaman berniaga sejak umur 15 tahun membuatkan Abdul Latif Othman, pengusaha kerisik memahami cabaran bagi seorang usahawan.

Menjadikan prinsip berani dalam mengambil risiko sebagai pendorong beliau dalam mengusahakan kerisik, Abdul Latif berjaya membuka kilang memproses kerisik dengan modal sendiri di Kuala Kangsar sebaik sahaja beliau menamatkan pengajian diploma dalam bidang Syariah di Ipoh, Perak. Beliau juga sanggup menangguhkan pengajiannya di Mesir kerana ingin memberi fokus terhadap perniagaan kerisik tersebut.

Pengeluaran kerisik mampu dikeluarkan sebanyak 6 tan dalam masa sebulan dengan memiliki 6 orang pekerja sahaja. Abdul Latif akan menggunakan 100 gram, setengah kilo dan satu kilogram setiap kerisik yang dihasilkan. Oleh itu, beliau mempunyai 3 jenis berat yang berbeza dan harga antara RM3 hingga RM7 sebungkus. Penggunaan kelapa tua juga diperlukan dalam 400 biji sehari.  Produk yang berkualiti dan murah ini menjadi pilihan tempatan dan akan dipasarkan secara borong kepada pasar raya yang berminat.

Perniagaan yang dikenali sebagai syarikat Sujaah Enterprise ini akhirnya telah mempunyai beberapa cawangan kerisik di Ipoh dan Bagan Datoh. Kualiti kerisik sentiasa dijaga dan Abdul Latif akan memastikan kerisik yang dihasilkan dapat memenuhi cita rasa pelanggannya. Beliau juga mengikuti prosedur dalam menghasilkan kerisik original. Selain itu, untuk mendapatkan kelapa 400 biji dalam sehari juga agak sukar, dengan itu Abdul Latif mengambil inisiatif mengimport kelapa daripada Indonesia dan selebihnya kelapa diperolehi daripada kebun mereka sendiri.

Kerisik yang sesuai digunakan dalam masakan membuatkan produk makanan ini mendapat pelanggan, kerana kerisik sangat sedap dan wangi. Pada musim perayaan juga permintaan sangat banyak kerana para ibu kebanyakan menggunakan kerisik untuk memasak rendang, kerabu dan dijadikan sebagai inti roti. Abdul Latif kini mengembangkan lagi produk makanannya dengan mempromosikan semasa beliau mengikuti pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA).

Perkembangan produk yang dijalankan membuatkan Abdul Latif mencipta produk kosmetik kerana khasiat yang terdapat pada kelapa. Menggunakan kelapa dara gred A mampu menghasilkan sabun, minyak rambut, minyak urut, jeli kelapa dan nata de cocoa sebagai produk sampingan beliau. Abdul Latif, usahawan muda menunjukkan belia seperti beliau mampu berjaya sekiranya usaha dan sabar dapat diaplikasikan.

Alamat Perniagaan: Ipoh, Perak

Rujukan Link:

http://alldeprint-asg.blogspot.com/p/blog-page_6932.html

http://satujutaideabisnes.blogspot.com/2010/06/kerisik-sujaah-enterprise.html

http://animhosnan.blogspot.com/2017/12/kerisek-kelapa-satu-testimoni.html



No comments

Latest Articles