Page Nav

HIDE

TERKINI:

latest

Ads Place

Permintaan Cili Boh Meningkat Berkali-Ganda Musim PKP

  Cili boh merupakan satu keperluan dalam setiap hidangan yang berasaskan cili kering. Cili kering biasa didapati di Malaysia memandangkan c...

 


Cili boh merupakan satu keperluan dalam setiap hidangan yang berasaskan cili kering. Cili kering biasa didapati di Malaysia memandangkan cili mudah untuk ditanam di Malaysia. Tetapi biasanya cili kering akan diimport dari China, Indonesia dan India. Hal ini kerana, cili kering lebih murah berbanding di Malaysia. Cara menghasilkan cili boh juga sangat mudah sehinggakan anda boleh membuatnya dirumah. Cili boh juga dijadikan sebagai produk makanan dan dipasarkan. Tidak ramai usahawan yang menjalankan perniagaan cili boh memandangkan ia mudah dihasilkan. Tetapi, Rumaizan Abdullah memikirkan hal tersebut sebagai satu peluang untuk memasarkan produk cili boh keluarganya.

 Rumaizan merupakan pengurus jualan bagi Perusahaan Sahabat iaitu perniagaan keluarga yang telah dijalankan sejak 5 tahun yang lalu. Perusahaan Sahabat beroperasi di Terengganu yang mengeluarkan cili boh sebagai produk jualan. Resipi yang terbaik dan sedap membuatkan permintaan yang banyak pada ketika itu. Tambahan pula, mereka menggunakan cili kering yang berkualiti dan bermutu tinggi untuk menghasilkan cili boh.

Cili boh keluaran Perusahaan Sahabat telah dipasarkan di pasar raya seperti Econsave dan Raudhah Grocer membuatkan semakin ramai yang mengenali cili boh tersebut. Permintaan yang baik dalam pasaran adalah kerana cili boh yang dihasilkan adalah cili boh merah yang asli tanpa tambahan pewarna telah menjadi pilihan ramai orang. Harga juga sangat berpatutan di mana mereka mengeluarkan dua jenis paket iaitu 500 gram dengan harga RM2.50, manakala paket 1 kilogram berharga RM4.50.

Pensijilan halal yang diterima daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) lebih menyakin para pengguna muslim untuk memilikinya kerana cili boh hasil keluaran Perusahaan Sahabat dijamin halal, suci dan bersih. Pengguna boleh membelinya tanpa rasa ragu-ragu. Persaingan kerana terdapat produk yang sama di pasaran tidak mematahkan semangat Perusahaan Sahabat memandangkan mereka mampu memasarkan produk dengan baik dan dapat memuaskan pelanggan.

Pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia, permintaan cili boh semakin meningkat. Bukan sahaja cili boh, malahan produk makanan yang lain. PKP menyebabkan pengguna tidak dapat keluar sesuka hati, dan mereka perlu membeli stok makanan untuk beberapa minggu dan tidak perlu keluar rumah setiap hari untuk mendapatkan makanan. Oleh kerana permintaan yang tinggi ini, Perusahaan Sahabat mengalami kesukaran untuk mendapatkan cili kering daripada pembekal, oleh itu mereka terpaksa membuat cili boh menggunakan stok cili kering sedia ada.

Rujukan:

http://www.malakattribunenews.com/berita/berita-semasa/2869/

http://www.malakattribunenews.com/berita/berita-semasa/10928/

 

No comments

Latest Articles